Info Am

Apakah Unit Pengakap Kelana?

Pengakap Kelana adalah unit berkhidmat yang terdiri remaja lelaki dan wanita, unit ini bermula pada 1922 diatas inisiatif Sir Robert Baden-Powell diatas kejayaan pergerakan Pengakap untuk anak-anak muda yang telah melebihi tahap umur penyertaan. Ianya tertubuh dengan cepat didalam Pergerakan Pengakap Antarabangsa dan ke seluruh dunia

Setelah Pengakap Kelana bermula, ianya mengalami pelbagai perubahan. Ada diantara Pergerakan Pengakap Antarabangsa yang tidak memasukkan lagi program aktiviti Pengakap Kelana, tetapi telah digantikan dengan program aktiviti lain. Namun terdapat juga negara-negara yang meneruskan unit Pengakap Kelana dengan menyediakan pelbagai program.

Kini, unit Pengakap Kelana telah menjadi antara tulang belakang dalam pergerakan Pengakap sedunia serta membantu masyarakat termasuk di Malaysia. Unit Pengakap Kelana dengan motonya “Sedia Berkhidmat” telah diguna pakai oleh seluruh dunia. Dengan ini minat terhadap pergerakan Pengakap tidak terpadam hanya ketika muda sahaja malah setelah dewasa juga masih boleh menyertai Pengakap dengan membantu, berkhidmat kepada masyarakat.

___________________________________________________________________________________________________

Apakah Rover Moot?

Ianya adalah perjumpaan atau jambori untuk ahli pengakap yang dewasa terutamanya Unit Pengakap Kelana. Ianya sama seperti jambori yang biasanya terdiri ahli-ahli pengakap muda cuma ianya terdiri seperti tersebut.

Juga telah dijalankan World Scout Moot yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pengakap Dunia semenjak 1931 bertempat di Switzerland dimana Unit Pengakap Kelana nya begitu aktif. Hingga kini World Scout Moot masih dijalan seperti World Jambori.

Berikut adalah senarai World Rover Moot yang telah dijalankan :

1931 1st World Rover Moot Kandersteg, Switzerland 3,000
1935 2nd World Rover Moot Ingarö, Sweden 3,000
1939 3rd World Rover Moot Monzie, Scotland 3,500
1949 4th World Rover Moot Skjak, Norway 2,500
1953 5th World Rover Moot Kandersteg, Switzerland 3,300
1957 6th World Rover Moot Sutton Coldfield, U.K. 3,500
1961 7th World Rover Moot Melbourne, Australia 969
1965-66 Moot Year 10 Events 3,599
1969-70 Moot Year 26 Events 7,250
1973-74 Moot Year 22 Events 11,000
1977-78 Moot Year 23 Events 14,560
1981-82 Moot Year 31 Events 22,380
1990-91 8th World Moot Melbourne, Australia 1,000
1992 9th World Moot Kandersteg, Switzerland 1,400
1996 10th World Moot Ransberg, Sweden 2,608
2000 11th World Scout Moot Mexico 5,000
2004 12th World Scout Moot Hualien, Taiwan 2,500
2010 13th World Scout Moot Kenya