SELAMAT DATANG KE BLOG KELANA C SEPANG

Asallamulaikum, dan salam sejahtera kepada semua ahli-ahli pengakap. Blog adalah adalah untuk memperkenalkan kumpulan PENGAKAP KELANA C daerah Sepang, dimana akan dimuatkan sebarang aktiviti yang telah dan akan dibuat.Segala maklumat yang akan diberi adalah berkisar kepada aktiviti didalam dan diluar daerah atau sebagainya. pihak kami mengalu-alukan jika terdapat bekas-bekas ahli pengakap khususnya di daerah sepang semasa bersekolah dahulu agar dapat menyertai kumpulan kelana c ini bagi memantapkan lagi kelana c daerah sepang ini

sekian terima kasih

5 Respons bagi “SELAMAT DATANG KE BLOG KELANA C SEPANG”

  1. Abd Rahman Berkata:

    Saya pernah menganggotai pasukan pengakap semasa di zaman persekolahan dahulu, sekarang ini saya berumur 25 tahun dan telah pun berkerja tetap. Saya berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat membantu saya untuk menjadi ahli ? Saya amat berminat untuk menyertai aktiviti ini boleh saya menyertai ? Saya amat menghargai anda jika anda boleh memberi jawapan kepada saya secepat mungkin . Terima kasih

  2. A Nam Berkata:

    Anda adalah dialu-alukan untuk menyertai pergerakan kami. Harap dapat belajar bersama-sama tidak kira berpengakap atau tidak.

  3. Abd Rahman Berkata:

    bagaimana cara nak mendaftar menjadi ahli? Boleh kalian tolong saya?

  4. A Nam Berkata:

    PENDAFTARAN 2009 – BERMULA DARI 01 JAN 2009 HINGGA 31 DIS 2009 SAHAJA.

    PENDAFTARAN 2009 AKAN BERAKHIR PADA 31 MAC 2009.

    BAYARANNYA IALAH :-
    KUMPULAN – RM 10.00
    PENGAKAP – RM 3.00
    PEMIMPIN / KELANA – RM 5.00

    P.S. PENDAFTARAN KELANA DI NEGERI SELANGOR – MESTI DI SAHKAN OLEH PESURUHJAYA NEGERI DAHULU.

    P.S. AKAUN MAYBANK PPM – AKAN DI MAKLUMKAN SECEPAT MUNGKIN.

    P.S. LAYARI WEBSITE PPM ——— malaysiascouts.org
    di atas adalah sedikit maklumat dari En Rahim Hamid
    Sekiranya ada masa, jemput datang melawat ke Sepang.
    Tapak Aktiviti Pengakap Sepang.

    Harap Jumpa

  5. A Nam Berkata:

    saudara dan saudari kalian, kami ada di Tapak Aktiviti pada 9-11 Jan 2009. kunjungilah tapak aktiviti kami yang unik. “Pondok Di Atas Pokok”

Tinggalkan jawapan