PERSEDIAAN BUKU LOG

APAKAH ITU BUKU LOG?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’. 

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’

Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?

Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.
 

UNIT PENGAKAP KELANA

1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan – 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan – 1-5 buku
3) Projek – 1 buku

4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) – 1 buku 



Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :

- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.
- Kursus dan seminar yang dijalani
- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri
- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai

FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG 

Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)

Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.

Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

 

Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama KREW (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit

Halaman kedua

Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.

Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan ‘Kad Ujian’ (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.

Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai ‘Kad Ujian’ bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :

1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta

(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.

Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log

Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log

Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log

Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.

Contoh lukisan di dalam Buku Log

Bentuk penulisan dan isi nota

 

Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.

 

Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?

Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan ‘Profail’ diri penulis secara keseluruhan.

Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :

1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap

2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)

3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)

4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).

Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap

Komentar
  1. Maiza Musa berkata:

    salam boleh ke saya tahu lebih lanjut mengenai tajuk2 yang sesuai untuk pengakap sek rendah. kalau boleh yang basic saja kerana kami ada kumpulan tahun 3 dan 4.
    terima kasih

  2. wan berkata:

    salam…saya nk tanya
    em buku log ni kena tulis tangan ko
    or bleh print out…

  3. ummi mia ayuni berkata:

    macamana nak dapat kan gambar ketika buat buku log?
    ada kah dengam merujuk dengan guru?

  4. Hi, Neat post. There’s a problem together with your web site in web explorer, could test this… IE nonetheless is the market leader and a large component of other folks will leave out your wonderful writing due to this problem.

  5. jasmin berkata:

    salam.macam mna sya nk dpatkan skema/kandungan bku log pengakap kelan?

  6. Odessa berkata:

    Greetings! Very useful advice in this particular post!
    It is the little changes that produce the biggest changes. Thanks
    a lot for sharing!

  7. However, if the memory chip breaks, recovering pictures in the SD card will be impossible.
    It easily fits into a laptop carrying case or digital camera bag.
    In the following content you’re going to get all the information related to memory card recovery on Mac OS X.

  8. Hey! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.
    Is it very hard to set up your own blog? I’m not very techincal but I can figure things out pretty quick. I’m thinking about
    creating my own but I’m not sure where to begin. Do you have any tips or suggestions? Cheers

  9. Hi there all, here every person is sharing these kinds of knowledge,
    thus it’s pleasant to read this webpage, and I used to pay a quick visit this web site daily.

  10. I’m not sure exactly why but this web site is loading very slow for me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my end? I’ll check back later and see if the problem
    still exists.

  11. Jeanne berkata:

    Hi there! This post couldn’t be written much better! Going through this article reminds me of my previous roommate! He always kept preaching about this. I’ll
    forward this information to him. Pretty sure he will have a very good read.

    Thank you for sharing!

  12. Quality articles is the secret to interest the visitors to pay a visit the web page,
    that’s what this website is providing.

  13. www.cfm623.com berkata:

    Greetings! Very helpful advice within this article!
    It’s the little changes that make the most significant changes. Thanks a lot for sharing!

  14. I have learn a few excellent stuff here. Definitely price bookmarking for
    revisiting. I surprise how a lot attempt you set to create such a excellent informative
    web site.

  15. bit.ly berkata:

    Just want to say your article is as astounding.
    The clarity in your post is simply cool and i can assume you’re an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the enjoyable work.

  16. Helaine berkata:

    Right here is the right web site for everyone who hopes to find out
    about this topic. You realize so much its
    almost hard to argue with you (not that I really will need
    to…HaHa). You certainly put a brand new spin on a subject which
    has been discussed for a long time. Great stuff, just great!

  17. It’s remarkable for me to have a web site, which is useful in support of my experience. thanks admin

  18. That’s simple huh If you think window replacement lubbock tx training will be easy, and takes a focused effort and strategic planning to make happen. Honest-1 window replacement lubbock tx plans to expand into markets around the country including, Phoenix, Atlanta, Nashville, Indianapolis, Miami, Orlando, Raleigh, Charlotte, Michigan, Minneapolis, Salt Lake City, Las Vegas, Denver, and many others. So, the first rule is – Do Not overcharge! This certification is very necessary if you want a brief overview about the subject, then this article is for you.

  19. Cool blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
    A theme like yours with a few simple adjustements would really make my blog jump out.
    Please let me know where you got your design. Kudos

  20. What i don’t understood is in fact how you’re now not really much more well-appreciated than you might be now.
    You’re so intelligent. You know therefore considerably in the case of this matter, made me in my view consider it from numerous various angles. Its like women and men are not involved until it is something to do with Woman gaga! Your personal stuffs excellent. All the time handle it up!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s