PERTANDINGAN MEMBINA PONDOK DIATAS POKOK

Januari 21, 2009

Pertandingan telah berlangsung pada 26-29 dec 2008 .
matlamat pertandingan adalah untuk menambah kemahiran dalam berkelana ucapan ribuan terima kasih kepada Yb Ronnie Liu exco kerajaan negeri selangor kerana sudi menghulur bantuan bagi menjayakan program ini . Tahniah diucapkan kepada para pemenang diharap bermula lembaran tahun 2009 ini kelana daerah sepang dapat memperbanyakkan lagi aktiviti untuk kelana dan pengakap am


KELANA C DAERAH SEPANG

Oktober 26, 2008

Diwujudkan pada tahun 2005, bermatlamat melicinkan segala aktiviti yang membabitkan pengakap daerah sepang didalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan. sehingga tahun 2008 keahlian adalah seramai 100 lebih peserta. Pemimpin kumpulan adalah saudara harith ,beliau memangku jawatan pemimpin kelana c daerah sepang menggantikan saudara hanif sehingga mesyuarat agong tahunan pada sesi 2009


Undang-Undang Pengakap

April 21, 2008

1. Pengakap adalah sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya

2. Pengakap adalah taat kepada Yang diPertuan Agong serta Raja-Raja, Pemimpinnya, Ibu Bapanya, Majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa pun negeri, pangkat dan agamanya.

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah sentiasa berlaku baik dan mengasihi segala binatang.

7. Pengakap adalah sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya dan pemimpin tanpa soal.

8. Pengakap adalah sentiasa sabar dan manis muka ketika menghadapi sebarang kesukaran.

9. Pengakap adalah berjimat cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


Sejarah Pengakap

April 21, 2008

Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk ‘Scouting for Boys’.

Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia.

Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap.

Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU